KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga asing yang diculik sekumpulan individu di Jalan Sentul Indah pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya berjaya menemui mangsa berusia 45 tahun disembunyikan di sebuah bangunan di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan rantai besi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Eng Lai berkata, punca kejadian adalah mangsa didakwa telah berhutang dengan suspek sebanyak RM25,000.
"Suspek telah meminta wang tebusan sebanyak RM40,000 daripada keluarga mangsa untuk membebaskannya, namun wang itu belum dibayar," katanya.
Eng Lai berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 12.04 tengah malam, Ahad.
"Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berjaya memberkas dua lelaki warga asing berusia 34 dan 43 tahun di sebuah rumah kongsi di Seri Kembangan Selangor pada jam 12.15 tengah hari, hari sama.
"Susulan daripada tangkapan yang dilakukan, kita telah berjaya menemui mangsa berkenaan," katanya.
Beliau berkata, seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan ditahan secara lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang pada jam 7 petang hingga 9.15 malam, Isnin.
"Beberapa barang kes turut dirampas antaranya sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk melarikan mangsa, enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, kunci, kad bank dan pakaian yang digunakan oleh suspek ketika kejadian," katanya.
Eng Lai berkata, dua suspek utama yang merupakan warga asing telah direman selama 14 hari sehingga 24 Oktober ini, sementara tiga suspek warga tempatan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 362 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022
Polis berjaya menemui mangsa berusia 45 tahun disembunyikan di sebuah bangunan di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad. - Gambar/ Sinar Harian
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Doktor Australia dibebaskan selepas 7 tahun diculik di Afrika Barat
Seorang doktor Australia berusia 88 tahun dibebaskan selepas lebih tujuh tahun ditahan di Afrika Barat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan kerajaan Canberra pada Jumaat.
Polis selamatkan lelaki warga asing diculik
Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga asing yang diculik sekumpulan individu di Jalan Sentul Indah pada Jumaat lalu.
Mangsa culik empat sekeluarga termasuk bayi ditemui mati
Mayat mangsa ditemui di kawasan pedalaman, kira-kira 200 kilometer di tenggara San Francisco oleh seorang petani pada Rabu.
Ejen kosmetik mangsa culik selamat kembali ke rumah
Rosnazirah diiringi pulang oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ke kediaman keluarga di Kota Bharu pada Isnin petang.
Ejen produk kosmetik yang diculik berada dalam keadaan baik - Polis
Mangsa kini berada di Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat.
Hanya Allah mampu bantu, keluarga mangsa culik tidak henti lakukan solat hajat
Disebabkan terlalu sedih, rindu dan tertekan ibu mangsa jatuh sakit.
JKM kerjasama dengan polis, akan bertemu keluarga mangsa culik
PDRM akan melihat pelbagai aspek sama ada berlaku pengabaian terhadap wanita berikutan penglibatan suami mangsa dalam sindiket dadah.
Mayat mangsa culik tahun lalu ditanam di kebun sawit
Lelaki berusia 29 tahun itu telah dibunuh dan mayatnya ditanam di kebun sawit di daerah Bidor dengan dibungkus menggunakan kanvas.
Tujuh suspek ditahan kes culik, bunuh Datuk Seri
Kesemua suspek yang berusia di antara 30 dan 40 tahun ditahan sekitar Selangor sejak 11 pagi Jumaat.